RAMADHAN BULAN BARAKAH


Ramadhan bulan yang dinantikan oleh seluruh Umat Muahammad kerana dilipat gandakan pahalanya, yang sunat memperolehi pahala fardhu manakala yang fardhu digandakan dengan 70 kali lipatannya.

Bulan yang dibukakan peluang pahala ibadat dari segala aspek. Pemahaman ibadat bukan sekadar berada ditikar sejadah sahaja malahan ianya merangkumi perjalanan kehidupan harian kita.

Ramadhan bukannya bulan untuk kita bermalas-malasan malahan ianya adalah bulan yang menyemarakkan daya usaha kita. Sebagaimana Rasulullah dengan para sahabat bila berhadapan dengan bulan ini, mereka bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan. Malahan Baginda pernah berada dalam satu peperangan ketika Ramadhan datang, iaitu pada 17 Ramadhan tahun kedua hijrah, Peperangan Badar. Peperangan ini telah mnampilkan seramai 313 bala tentera Islam dengan berhadapan tentera musuh kuffar Quraisy seramai 1000 orang. Kekuatan keimanan dengan semangat yang tinggi Umat Islam berjaya menewaskan musuh dalam peperangan ini.

Kembalikan semangat untuk  menghadapi bulan ini dengan penuh keimanan dan keyakinan kita kepada Allah Ta’ala.

Penghujung Sya’aban ini, penjelasan dan penerangan tentang ibadat Ramadhan akan menjadi topik perbincangan. Pastinya yang penting adalah NIAT. Pelbagai versi telah dikeluarkan tetapi ingin diingatkan di sini beberapa kaedah untuk melakukan niat puasa wajib di bulan Ramadhan mengikut pandangan mazhab Imam Syafie.

Bersandarkan kepada hadis Rasulullah , dari Ummu Hafsah, Baginda telah bersabda :

من لم يبيت الصيام قبل الفجر, فلا صيام له

“Sesiapa yang tidak berniat puasa fardhu pada malam hari sebelum Subuh, maka dia tidak berpuasa”

Mazhab Syafie berqias dengan hadis ini dengan solat fardhu yang perlu dinyatakan solat fardhu  setiap kali solat. Maka WAJIB berniat puasa pada malam hari setiap hari di bulan Ramadhan.

Bagi mereka yang ingin berniat sebulan, mengikut Mazhab Syafie tiada. Tetapi boleh melakukan niat sebulan mengikut Mazhab Maliki dengan syarat-syaratnya. Antara syarat-syaratnya adalah mengungkapkan lafaz niat berpuasa selama 30 hari atau sebulan pada awal malam Ramadhan.

 

Lafaz 2

Advertisements

KELEBIHAN BERSALAWAT KEPADA JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD صلى الله عليه وسلم


salawat5

Kelebihan atau keistimewaan salawat antara lain dijelaskan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya. ” (Surah Al-Ahzab: 56).

Firman.jpg

Antara hadis-hadis yang menyatakan tentang kelebihan salawat ke atas Rasulullah صلى الله عليه وسلم ialah:

  1. “Barang siapa yang bersalawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. ” (Riwayat Tabrani).
  1. “Barang siapa bersalawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barang siapa bersalawat kepadaku dari jauh maka, salawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).
  1. “Barang siapa bersalawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali salawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim).
  1. Dari Ubai bin Ka‘ab: “Aku bertanya, wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku memperbanyakkan salawat, maka berapakah aku jadikan untukmu dari salawatku? Nabi bersabda: Apa yang kamu kehendaki. la berkata: kataku: “Seperempat.” Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم: “Apa yang kamu sukai dan jika kamu tambah maka itu yang lebih baik bagi kamu.” Kataku: “Apakah sepertiga? ” Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم: “Apa yang kamu sukai, jika kamu tambah itulah yang lebih baik bagi kamu.” la bertanya: “Apakah aku jadikan salawatku buatmu semuanya.” Nabi bersabda: “Jika demikian maka dicukupilah cita-citamu dan diampuni dosamu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi dan Al Hakam).
  1. “Bersalawatlah kamu kepadaku, kerana salawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) bagimu.” (Riwayat Ibnu Murdawaih).
  1. “Barang siapa bersalawat kepadaku dalam sehari 100 kali, maka Allah mendatangkan baginya 100 hajat, 70 untuk akhirat dan 30 untuk dunianya. ” (Riwayat Ibnu Majar dan Jabir).
  1. “Barang siapa bersalawat kepadaku dalam sehari 1,000 kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga.” (Riwayat Abus Syaikh dari Anas).
  1. “Orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya, lalu ia tidak mahu bersalawat kepadaku. (Riwayat Tirmizi).

salawat6

Di dalam kitab Ibnu Farhun Al Qurthubi dinyatakan bahawa membaca salawat kepada nabi mengandungi 10 faedah dan mendatangkan kemuliaan, iaitu:

  1. Memperolehi salawat dari Allah.
  1. Memperolehi syafaat dari Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.
  1. Mendapat pimpinan dari malaikat yang baik-baik.
  1. Menghapuskan dosa.
  1. Mendapat pertolongan
  1. Tercapai keperluan hidup.
  1. Mempunyai pembeza dengan orang munafik dan kafir.
  1. Memperolehi nur zahir dan batin.
  1. Mendapat keselamatan dari azab neraka, membolehkan memasuki syurga.
  1. Memperolehi ucap selamat dari Allah.

Antara lain menurut para ulama yang didasarkan keterangan-keterangan hadis, membaca salawat kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم akan memperolehi 30 faedah yang amat besar. Di antaranya ialah memperolehi limpah rahmat dari Allah, ditulis 10 kebajikan, dihapuskan 10 kesalahan, diangkat 10 darjat, memperolehi kesempurnaan iman, memperolehi syafaat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم dan lain-lain lagi. Justeru itu, marilah kita sebagai umat Islam sentiasa bersalawat kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Itu tandanya kita sangat mencintai Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang menjadi kekasih Allah.

  • Mafhum sabda Rasullah صلى الله عليه وسلم : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda – (HR Muslim.)
  • Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  • Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, in sya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
  • Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. In sya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
  • Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
  • Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, in sya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
  • Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
  • Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
  • Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.
  • Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, In sya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.
  • Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
  • Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati,mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
  • Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
  • Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadap kesukaran hidup.
  • Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
  • Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
  • Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
  • Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
  • Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
  • Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada Baginda صلى الله عليه وسلم.
  • Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi صلى الله عليه وسلم dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
  • Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.
  • Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka- sangka baginya.
  • Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatNya.
  • Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat setiap hari tak kira berapa hitungannya, in sya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
  • Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
  • Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
  • Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
  • Mafhum sabda Nabi صلى الله عليه وسلم: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – HR Abu Naim.
  • Mafhum sabda Nabi صلى الله عليه وسلم: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat- HR Thabrani

salawat7

Marilah sama-sama kita memperbanyakkan salawat kepada Junjungan Besar kita Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

KelahiranMu Ya Rasulullah


salawat3

Kelahiran Mu Ya Rasulullah yang telah menyinari kegelapan kehidupan. Kelahiran Mu Ya Rasulullah yang telah menyuluh perjalanan yang suram. Kelahiran Mu Ya Rasulullah yang telah memberi petunjuk kebenaran dalam kehidupan. Kelahiran Mu Ya Rasulullah yang telah membakar semangat umat Mu untuk menerangi alam ini dengan nur Islam.

Kekasih Mu Ya Allah, Nabi Muhammad yang menjadi contoh tauladan kehidupan manusia sejagat. Kekasih Mu Ya Allah, Rasulullah yang telah menjadi ikutan seluruh manusia. Kekasih Mu Ya Allah, makhluk yang paling mulia yang sentiasa dirindui oleh umatnya.

Rindunya kami semua kepada Mu Ya Rasulullah. Ya Allah… Kami semua bermohon agar kami mampu untuk mengikut jejak langkah kehidupan KekasihMu. Mampu untuk menyelami perwatakan yang mulia darinya. Mampu untuk beramal sunnah yang telah ditinggalkannya kepada kami.

Akhlak dan budi pekerti Mu Ya Rasulullah, kami semua merinduinya. Kami sentiasa bermunajat agar mampu untuk kami lakukan. Mampu untuk mengikut sunnah Mu Ya Rasulullah. Kami berdoa dan terus berusaha agar lagak, gaya, akhlak, budi pekerti, pakaian dan perhiasan luaran dan dalaman kami, semuanya mencontohi dan mengikut sunnah Rasulullah.

Setiap tahun, kami tidak lupa untuk mengingati hari kelahiran Rasulullah, Kekasih Mu Ya Alllah. Setiap tahun juga kami akan berazam untuk tidak lupa mengingati sejarah kehidupan Rasulullah. Apa yang lebih penting, kami sentiasa bertekad untuk cuba merubahkan diri kami ke arah keperibadian Rasulullah. Bukan sekadar sunnah luaran yang kami cuba ikut dan lakukan, tetap seluruh perjalanan kehidupan kami, akan kami berusaha untuk mengikuti sunnah KekasihMu. Kami akan berusaha untuk memperbanyakkan berselawat kepada Rasulullah, sebagai salah satu tanda cintanya kami kepada Rasulullah.

Salawat1

Bulan yang mulia ini, kita sama-sama merubah diri dan berazam untuk memperbaiki diri ke arah redha Illahi yang kita perlu hidupkan. Dan terus beramal sepanjang perjalanan kehidupan kita dengan berakhlak seperti Baginda Rasulullah.

salawat2

Jom sama-sama memperbaiki akhlak kita. Jadilah insan yang boleh berteduh dibawahnya.

 

Kebahagian Kehidupan


Kekeluargaan antara jalan untuk kita mengecapi kehidupan. Samaada kebahagian yang ditempuh atau sebaliknya. Keredhoan yang kita perolehi atau sebaliknya. Ketenangan yang dikecapi atau sebaliknya. Keseronokan yang dirasainya atau sebaliknya…. Semuanya berpunca dari niat pertalian pasangan diikatkan.

Bahagia1

Pentingnya sebelum ikatan dimeteraikan, kedua pasangan dan seluruh ahli keluarga diberikan peringatan dan ditanamkan kemantapan iman yang sebenar. Bukannya tergopoh gapah dan terkejar ke sana ke mari untuk mencari tok kadi atau juru nikah atau borang yang perlu diisikan atau salinan kad pengenalan yang menjadi keutamaan. Tetapi yang sebenarnya peringatan dan memantapkan keimanan seluruh ahli keluarga pada masa itu perlu dijadikan keutamaan.

bahagia2

Ikatan nanti akan membawa hala tuju sebuah kehidupan baru untuk pasangan. Rugilah kalau ikatan itu hanya dikejar untuk mengeratkan kekeluargaan semata-mata, atau menambah keturunan umat Nabi Muhammad semata-mata, atau mendirikan masjid semata-mata, atau mengelakkan diri dari terjerumus ke lembah maksiat semata-mata atau apa jua tujuan kehidupan semata-mata. Kerana semuanya itu nanti akan digambarkan dalam perjalanan mengharungi kehidupan nanti.

Alangkah cantiknya, ikatan aqak itu dilakukan kerana cintanya kita kepada Allah dan RasulNYA. Pengertian cinta kita kepada Allah dan RasulNYA akan mendatangkan segala kesenangan dan kemahuan dunia akhirat.

Tidak akan lahirnya pasangan yang sekadar mengejar keempukan tilam di malam pertama, keseronokkan bersama pasangan disetiap ketika, kebahagian bersama keluarga yang bertambah atau keselesaan bila dipandang pasangan seperti belangkas.

bahagia3

Bila talian ini diikat kerana cintanya kita kepada Allah dan RasulNYA itu; sebelum melelapkan mata, kita akan mengajak pasangan kita mengabdikan diri kepadaNYA. Bila bangun sahaja dari tidur, kita tidak terus menrpa ke dapur untuk menyediakan makan minum, tapi kita mengajak pasangan kita mengabdikan diri kepadaNYA. Bila kita ingin melakukan ibadat solat, kita akan mengingatkan pasangan kita agar pergi mengabdikan diri kepadaNYA. Bukannya kita mengulikkan lagi pasangan atau keluarga kita dengan keseronokkan semata-mata.

Masih belum terlewat untuk kita sama-sama memperbetulkan kembali niat kita.

Cinta kita yang pertama bukan hanya untuk keluaraga atau pasangan kita sahaja. Tetapi kita perbetulkan bahawa cinta utama kita hanya kepada Allah dan RasulNYA, kemudian disusuli dengan cinta kepada ibubapa dan pasangan (Bagi kaum adam). Kemudian disusuli dengan cita kepada pasangan dan ibubapa (Bagi kaum hawa).

Bila ikatan ini dijalinkan, insya Allah segala perjalanan kita dan pasangan akan sentiasa diperbetulkan Allah andai terdapat kelompongan. Hati nurani akan sentiasa mengingatkan kita bahawa keutamaan dalam menyediakan apa-apa keperluan kehidupan, kita akan meletakkan keutamaan kepada Allah dan RasulNYA.

KUNCI DOA


Berdoa adalah satu ibadah. Kesemua ibadah memerlukan satu syarat untuk mengesahkannya, iaitu ISLAM. Sebaiknya sebelum berdoa, kita mulakan dengan syahadah.

Allah Ta’ala berfirman:

إِذْ نَادَى رَبَّهُ نِدَاء خَفِيًّا

  1. (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya Dengan doa permohonan secara perlahan. Surah Maryam

Allah Ta’ala berfirman:

ادْعُواْ رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

  1. Berdoalah kepada Tuhan kamu Dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang melampaui batas. Surah Al A’raf

Dari Aisyahرضى الله عنها – dia berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْتَحِبُّ الْجَوَامِعَ مِنْ الدُّعَاءِ وَيَدَعُ مَا سِوَى ذَلِكَ

“Rasulullah صلى الله عليه وسلم menyukai doa-doa yang singkat tapi padat maknanya, dan meninggalkan selain itu.” (HR. Abu Daud no. 1482 dan An-Nawawi berkata dalam Riyadh Ash-Shalihin no. 431, “Sanadnya baik.”)

Dari Jabir bin Abdullah رضى الله عنهما dia berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

لَا تَدْعُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ وَلَا تَدْعُوا عَلَى أَوْلَادِكُمْ وَلَا تَدْعُوا عَلَى أَمْوَالِكُمْ لَا تُوَافِقُوا مِنْ اللَّهِ سَاعَةً يُسْأَلُ فِيهَا عَطَاءٌ فَيَسْتَجِيبُ لَكُمْ

“Janganlah kalian mendoakan keburukan pada diri kalian, jangan mendoakan keburukan pada anak-anak kalian, dan jangan mendoakan keburukan pada harta-harta kalian. Jangan sampai doa kalian bertepatan dengan saat dikabulkannya doa dari Allah lalu Dia akan mengabulkan doa kalian.” (HR. Muslim no. 3009)

Dari Abu Hurairah رضى الله عنه bahawa Rasulullahصلى الله عليه وسلم bersabda:

إِذَا دَعَا أَحَدُكُمْ فَلَا يَقُلْ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي إِنْ شِئْتَ وَلَكِنْ لِيَعْزِمْ الْمَسْأَلَةَ وَلْيُعَظِّمْ الرَّغْبَةَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَتَعَاظَمُهُ شَيْءٌ أَعْطَاهُ

“Jika salah seorang dari kalian berdoa maka janganlah sekali-kali dia berkata, “Ya Allah ampunilah aku jika Engkau kehendaki.” Akan tetapi hendaklah dia memastikan apa yang dia minta dan hendaknya dia memperbesar pengharapannya, kerana Allah عز وجل sama sekali tidak pernah menganggap besar sesuatu yang Dia berikan.” (HR. Al-Bukhari no. 6339 dan Muslim no. 2678)

TAHUN 1436 MENINGGALKAN KITA


Sejarah kehidupan 1436 hijrah telah berlalu. Pelbagai suasana telah dirasai. Kegembiraan, keseronokkan, keceriaan, keharmonian, keselesaan dan kesedihan, kelesuan, kegelisahan, kekalutan yang telah menyelubingi kehidupan manusia sejagat. Setahun berlalu, ianya tidak dapat dikembalikan lagi. Masa, hari, bulan dan kesempatan telah berlalu. Tidak dapat untuk dilakukan lagi pada masa tersebut. Hanya tinggal kenangan yang untuk diingat, diambil iktibar dan peringatan, dikenang dan dirindui. Andai manisan yang banyak berlalu di tahun tersebut, maka kegembiraanlah yang dapat kita rasai. Tetapi andai sebaliknya yang berlaku, jadikanlah perjalanan kehidupan di hadapan sebagai garis panduan. Jangan diulangi lagi. Gerakkan langkah kini dengan penuh keyakinan untuk kebaikkan ummah sejagat.

Alam1

Lipatan sejarah tahun-tahun sebelum ini jangan terus ditinggalkan, tidak pula untuk diigaui atau diratapi. Tetapi hargainyalah, kerana apa yang berlalu akan menjaga garis panduan kehidupan yang mendatang. Kebaikkan boleh diteruskan, kepincangan perlu dicari penyelesaiannya. Jadilah insan yang mudah didekati, senang dibawa bicara dan tenang bila direnungi.

 

 

 

KEKUATAN DOA


doa1

Firman Allah Ta’ala dalam surah المؤمن ayat 60 :

اُدْعُــوْنِي اَسْــتَجِبْ لَكُــمْ ” Mintalah kepadaKu, pasti Aku menunaikan permintaanmu”

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :  a الدُّعَــاءُ مُــخُّ الْعِــبَادَةِ ” “Doa itu sebagai ‘otak’ ibadat”

Mafhum dari sabda Baginda Rasulullahصلى الله عليه وسلم : Bahawasanya orang yang berdoa itu tak akan luput dari salah satu antara tiga perkara, meskipun tidak seperti yang diharapkannya:

  1. Diampuni dosanya
  2. Diberi kebaikan
  3. Diberi kebaikan yang dikemudiankan

doa2

Adab berdoa terdapat 10 perkara:

  1. Menanti waktu mustajab doa, seperti hari arafah, bulan Ramadhan, hari Jumaat, selepas solat tahajjud dan sebgainya
  2. Waktu yang mulia, seperti dalam solat sunat antara azan dan iqamah, ketika berpuasa, ketika berusaha, ketuka sakit atau dianiaya dan sebagainya
  3. Mengadap kiblat sambil mengangkat tangan
  4. Suara yang perlahan
  5. Tidak seperti bernyani atau bersajak
  6. Merendahkan diri dengan penuh rasa takut kepadaNYA
  7. Meyakini dengan doa itu akan diterima
  8. Bersungguh-sungguh dan diulangi
  9. Dimulai dan diakhiri dengan الحمد لله  dan salawat
  10. Membaca  syhadah dan bacaan istiqfar

Tawakkal2

Selamat beramal