NIKMAT SEBUAH KEHIDUPAN


Nikmat sebuah kehidupan akan dirasai secara hakikatnya bila kematian menerjah. Barulah akan diketahui manakah perginya hasil usaha sepanjang dalam kehidupan di muka bumi ini. Hasilan inilah yang akan membawa kita ke arah sebenarnya. Meskipun begitu, kecapan di dunia ini akan dirasai juga bila hati hanya menyatakan keimanan dan ketauhidannya kepada Yang Maha Pencipta, Allah Yang Maha Agung.

Kasih sayang kita yang tidak berbelah bagi hanya kepada Allah dan disusuli dengan cinta dan kasih kita kepada Rasulullah. Barulah alihan kasih sayang tersebut kepada makhluk. Hebatnya makhluk ciptaan Allah ini.

Seorang anak kadang-kadang terlupa mana yang perlu didahulukan, begitu juga isteri. Seorang anak melakukan sebarang kerja selalu berkata; Aku buat ini kerana ibubapaku. Begitu juga isteri, sebagai tanda cinta dan kasih sayangnya kepada sang suami, lalu berkata ketika melakukan sebarang kerja-kerja tambahan; Aku lakukan ini demi suami tercinta. Banyak yang rugi. Kekadang berlaku, anak derhakakan ibubapa, isteri derhakakan suami malahan berlaku juga suami curang terhadap isterinya. 

Ini semua berlaku kerana asas utama diketepikan. Tidak bijak memilih keutamaan dalam meraih sebuah kehidupan yang sempurna. Ingatan bersama, setiap langkah dan setiap gerak kerja yang ingin dilakukan dahulukanlah semuanya kerana Allah. Aliran pahala akan diperolehi disamping keberkatan dalam sebuah kehidupan yang kita tatanginya. Kenapa malu untuk kita bersuara, semua yang aku lakukan kerana Allah dihadapan ibubapa atau suami atau isteri. Malahan ada yang sanggup mengatakan, sememangnya Allah dan Rasul kita dahulukan, tapi tanda kasih sayang kepada manusia tak terungkap Allah dan Rasul kita dahulukan. Malahan kita hanya menyebut tanda kasih sayang kepada ibubapa/suami/isteri, maka mereka inilah yang kita war-warkan. Kembalilah kepada fitrah.

Lakukan perubahan diri bermula dari sekarang. Letakkanlah Allah dan Rasul menjadi keutamaan dalam mencari pahala, redho, rahmat dan syafaat.