Kepentingan Masa


patience

Firman Allah Ta’ala dalam Al Quran surah Al Asr ayat 1 – 3 :

A001Demi Masa!

A002Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian –

A003Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Ayat ini jelas mengajak kita agar memperhalusi perjalanan masa, agar keadaannya dan ketiadaannya dapat dirasai seterusnya dihargai.

MASA yang belum datang selalu ditunggu-tunggu dengan penuh perasaan agar hadirnya nanti bersama kegembiraan.

Manakala MASA yang telah berlalui akan dirasainya dengn dua keadaan yang cukup berbeza:

  • Keadaan pertama dipenuhi dengan kegembiraan dunia, keseronokkan yang berterusan tanpa memerhati adakah ianya menjana keredhaan Ilalhi atau sebaliknya.
  • Keadaan kedua ianya berlalu dengan kesedihan dan ketidak puasan hati. Apapun ianya tetp dilalui oleh insan.

Bila MASA yang diungkapkan, maka ianya sentiasa diingatkan tentang ruginya mereka yang melepaskan masa berlalu tanpa sempat melakukan apa jua kebaikan atau pertolongan yang dapat membuahkan hasil untuk seseorang. Dikaitkan juga tentang keberkatan masa juga tentang berlalunya masa. Tapi berapa ramai yang mengajak kita untuk melakukan apa juga kebaikan meskipun masa telah berlalu.

Manusia dan masa tidak akan terpisah jua, kerana kehidupan yang di dunia ini akan berkait rapat dengannya.

Menjaga MASA satu kepastian tetapi memenuhi ruangan MASA yang adalah adalah lebih bererti dan bermanfaat. Bagaimana memenuhinya dengan kebaikan, itulah anugerah Allah terhadap makhlukNYA BAGAIMANA mengisikan MASA tersebut.

Manusia mempunyai pelbagai tanggapan dan pemehaman bagaiman manusia mengisikannya. Pilihlah cara yang terbaik, agar ianya membuahkan hasil yang terbaik

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1444


Hadirkan bersama dengan semangat melakukan yang terbaik pada masa yang mendatang.

Hadirkan bersama rancangan dan perlaksanaan yang terbaik untuk dipersembahkan kepada Yang Maha Esa.

Hadirkan semangat melakukan perubahan diri ke arah kebaikan dan membantu diri dan masyarakat sekeliling untuk sama-sama bangkit melakukan kebaikan.

SELAMAT TAHUN BARU

Semoga azam kehadapan nanti akan mendapat redho Illahi.

Allah telah aturkan yang terbaik buat setiap hambaNYA, maka cuba lakukan yang terbaik untukNYA

KEHIDUPAN YANG PERLU DITERUSKAN DENGAN KASIH SAYANG ALLAH


Tahun telah berganti, sedar atau tidak kini kita menjangkau ke akhir tahun 2021. Pelbagai insiden dan peristiwa menerjah kehidupan kita. Kini kita terdedah dengan pandemik yang melanda seluruh dunia iaitu Covid-19 yang bermula akhir tahun 2019 sehingga kini. Seluruh umat manusia menghadapi kepayahan dan kesusahan yang tidak terjangka. Masa dan tuntutan mengejar manusia supaya peka dan cekap dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang pelbagai ragam dan gaya.

Ada yang mampu mengharunginya dan ada yang membiarkannya berlalu. Ada juga yang tak mampu menghadapinya, maka terjadilah pelbagai peristiwa hitam dalam memori sesebuah keluarga. Tetapi ramai juga yang berlagak sebagai penasihat dalam pelbagai cara tapi realiti yang menghadapinya dibebani dengan pelbagai urusan dunia yang terkadang tidak termampu diri untuk menanggungnya.

Ada juga diantaranya yang telah mendahului kita. Meninggalkan keluarga, dan ada diantaranya yang meninggalkan keluarga yang masih mentah untukmenghadapi ujian di dunia ini. Bila difikirkan secara lojiknya mana mungkin mereka yg menghadapi ujian ini mampu mendepaninya dengan senang, tetapi yakinlah bahawa Allah telah mengaturkan yang terbaik buat hambaNYA. Setiap titik rezeki yang kita depani semuanya telah diatur dengan baik dan teliti oleh Allah. Cuma atas kita sebagai makhlukNYA untuk menghadapinya bagaimana. Adakah terus bersyukur dengan ketetapan yang telah diatur olehNYA atau terus merintih kebinguan dalam menghadapi ujian kasih sayang Allah ini.

Sebagai seorang muslim yang benar-benar beriman dan percaya kepada Allah, pastinya tidak mengeluh dengan ujian kasih sayang Allah terhadap hamba-hambaNYA. Malah menghadapinya dengan penuh kesabaran dan berusaha mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang sedang dihadapinya. Allah menguji hamba-hambaNYA dalam pelbagai cara dan Allah Maha Mengetahui tahap kemampuan setiap hamba-hambaNYA.

Kebergantungan harapan dan penyelesaian yang terbaik setelah usaha yang dilakukan untuk menguruskan kehidupan di dunia ini telah kita usahakan sebaik mungkin sebagai hambaNYA, maka akhirnya serahkan segalanya kepada Allah. DIA lah yang telah menyusun susurgalur perjalanan kehidupan kita ini. Berdoa dan terus mengharapkan kebaikkan untuk diri, keluarga kita dan masyarakat sekeliling kita agar diberikan yang terbaik diantara yang baik-baik.

IMAN, ISLAM DAN EHSAN


Islam, Iman & Ehsan

KUPASAN 1

Daripada Saidina Umar رضي الله عنه, katanya:

Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah صلى الله عليه وسلم pada suatu hari, tiba-tiba muncul di dalam majlis itu seorang lelaki yang berpakaian serba putih, berambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu dia duduk bersama Rasulullah, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah  صلى الله عليه وسلم, serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua peha Rasulullah  صلى الله عليه وسلم,

lalu ia berkata: Ya Muhammad, khabarkan kepadaku tentang Islam?Rasulullah  صلى الله عليه وسلم bersabda: Islam itu ialah kamu bersaksi (bersyahadah) bahawa tiada ilah melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu adalah Rasul Allah, dan hendaklah kamu mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah jika kamu mampu mengerjakannya.
Lelaki itu berkata: Benar katamu.
(Berkata Umar رضي الله عنه : Kami merasa hairan kepada tingkah laku lelaki itu, dia yang bertanya dan dia pula yang membenarkannya)

Lelaki itu berkata lagi: Khabarkanlah kepada ku tentang iman?

Rasulullah  صلى الله عليه وسلم menjawab: Hendaklah kamu beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada takdir Allah yang baik dan yang buruk.
Lelaki itu berkata: Benar katamu!

Lelaki itu berkata lagi: Ceritakanlah kepadaku tentang Ihsan?

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: Hendaklah kamu beribadah kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya. Sekiranya kamu tidak dapat melihat-Nya sesungguhnya Allah sentiasa melihat kamu.

Lelaki itu berkata lagi:  Khabarkan kepadaku tentang hari kiamat?.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjawab: Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.

Lelaki itu berkata lagi:  Khabarkan kepadaku tentang tanda-tandanya?

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya, apabila engkau melihat orang tidak berkasut, tidak berpakaian, pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi.

Kemudian beredar keluar lelaki itu daripada majlis tersebut.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: Tahukan anda wahai Umar siapakah orang yang menyoal  tadi?

Aku (Umar) menjawab : Allah dan Rasul-Nya jua lebih mengetahui.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: Itulah Jibril yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran tentang din kamu.  (Hadits Riwayat Muslim)

Dari penjelasan hadis ini dapat difahami bahawa ISLAM dan IMAN adalah dua perkara yang perlu dititik beratkan, diamati dan dihayati. Penjelasan dari Nabi Muhammadl kepada umatnya yang pertama adalah tentang Islam. Islam terbentuk atas lima rukun asas yang perlu dilaksanakan oleh setiap individu muslim.Ia merupakan perlaksanaan ibadat oleh setiap muslim.

Terbentuk rukun atau prinsip asas bagi lslam ialah 5 perkara iaitu:

  1. —Mengucap dua kalimah syahadah
  2. —Mendirikan solat lima waktu
  3. —Membayar zakat
  4. —Berpuasa di bulan Ramadhan
  5. —Mengerjakan haji di Baitullahilharam.

Seterusnya mengenai Iman, yang merupakan satu kepercayaan yang pasti tanpa ada sebarang keraguan atau syak wasangka. Iman pula terbentuk atas enam pokok asas yang mesti diketahui dan dipercayai. Yang pertama adalah kepercayaan dan keimanan kita kepada kewujudan Allah Ta’ala dengan sifat-sifat keagunganNya serta sempurna dan bersih dari sifat kekurangan. Dialah Pencipta kepada seluruh makhluk di alam ini.

Yang kedua, beriman atau percaya kepada kewujudan para malaikat. Dan para malaikat merupakan makhluk Allah yang mulia, tidak pernah mahu mendahului sebelum ada sebarang perintah Illahi, dan sentiasa melaksanakannya.

Marilah kita mengenali nama-nama malaikat ini dan tugas mereka:

  1. Malaikat Jibril – adalah malaikat yang telah berdoa bersama Rasulluah صلى الله عليه وسلم. Malaikat Jibril ditugaskan untuk menyampaikan wahyu.
  2. Malaikat Mikail – Menerima tugas dari Allah سبحانه وتعالى untuk menurunkan hujan (rezeki). Kita perlu merasa bersyukur ketika Allah menurunkan hujan melalui malaikat Michael. Antara waktu mustajab berdoa adalah ketika turunnya hujan.
  3. Malaikat Israfil – telah ditugaskan untuk meniup sangkakala. Sudah tiba masanya Allah سبحانه وتعالى memerintahkan Malaikat Israfil untuk menjalankan tugasnya, maka terjadi kehancuran dunia. Malaikat Israfil juga akan menjadi yang pertama dibangkitkan oleh Allah di akhirat dan akan meniup sangkakala kedua untuk menghidupkan kembali semua makhluk.
  4. Malaikat Izrail – menerima tugas untuk mengambil nyawa setiap makhluk hidup, terutama manusia. Pasti setiap orang yang masih hidup akan mati menemui Penciptanya.
  5. Malaikat Munkar – Tugas yang dilakukan oleh Malaikat Munkar adalah mengajukan pertanyaan kepada manusia yang telah mati ketika berada di kubur.
  6. Malaikat Nakir – Tugas yang dilakukan oleh Malaikat Nakir adalah bersesuaian dengan tugas Malaikat Munkar, iaitu mengajukan pertanyaan kepada manusia yang telah mati ketika berada di kubur.
  7. Malaikat Raqib – Tugasnya adalah mencatat semua perbuatan baik yang dilakukan oleh manusia walaupun kebaikan yang dibuat itu sekecil hama.
  8. Malaikat Atid – Tugasnya bertentangan dengan tugas Malaikat Raqib. Malaikat Atid akan merakam semua perbuatan buruk manusia. Tidak kira seberapa kecil dosa yang kita lakukan, Malaikat Atid pasti akan mencatatnya. Kita perlu selalu ingat sebelum melakukan kejahatan atau dosa.
  9. Malaikat Malik – Tugasnya adalah sebagai penjaga neraka.
  10. Malaikat Ridwan – Tugasnya adalah menjadi penjaga syurga.

Yang ketiga, beriman atau percaya kepada kitab-kitab Allah. Mengakui bahawa Allah telah menurunkan empat kitabNya :

  1. Zabur kepada Nabi Daud عليه السلام
  2. Taurat kepada Nabi Musa عليه السلام
  3. Injil kepada Nabi Isa عليه السلام
  4. Al Quran kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم

Yang keempat, percaya dan beriman kepada UtusanNya, iaitu para rasul yang jujur menyampaikan amanah dan ajaran Islam. Mereka diberi mukjizat-mukjizat untuk mengukuhkan kebenarannya. Mereka semua wajib dimuliakan tanpa ada perbandingan.

  1. Adam عليه السلام .
  2. Idris عليه السلام .
  3. Nuh عليه السلام .
  4. Hud عليه السلام .
  5. Soleh عليه السلام .
  6. Ibrahim عليه السلام .
  7. Luth عليه السلام .
  8. Ismail عليه السلام .
  9. Ishak عليه السلام .
  10. Ya’akub عليه السلام .
  11. Yusuf عليه السلام .
  12. Ayub عليه السلام .
  13. Sueb عليه السلام .
  14. Musa عليه السلام .
  15. Harun عليه السلام .
  16. Zulkifli عليه السلام .
  17. Daud عليه السلام .
  18. Sulaiman عليه السلام .
  19. Ilyas عليه السلام .
  20. Ilyasa عليه السلام .
  21. Yunus عليه السلام .
  22. Zakaria عليه السلام .
  23. Yahya عليه السلام .
  24. Isa عليه السلام .
  25. Muhammad صلى الله عليه وسلم

Nabi yang mendapat julukan Ulul Azmi atau nabi/rasul yang memiliki ketabahan yang luar biasa dalam menjalankan tugasan mereka :
1. Nuh عليه السلام .
2. Ibrahim عليه السلام .
3. Musa عليه السلام .
4. Isa عليه السلام .
5. Muhammad صلى الله عليه وسلم .

Yang kelima, beriman dan percaya kepada kewujudan Hari Kiamat. Dan seterusnya keenam, beriman dan percaya dengan ketetapan yang telah diaturkan Allah kepada manusia dengan ketetapan qada dan qadar dari Illahi.

Nantikan ulasan sambungan dari hadis tersebut pada keluaran yang akan datang

Dunia Jangan diTinggalkan


كُنْ فِي الدُّنْـيَا كَأَنَّكَ غَرِيْبٌ أَو عَابِرِي سَبِيْلٍ

” Tingglah di dunia ini seperti orang asing atau seperti seorang pengembara”

Fitrah sebuah kehidupan yang perlu dilalui dan diharungi oleh semua orang, samada kegembiraan atau kesedihan, kesenangan atau kesusahan dan keperitan, kecerian atau kedukaan. Mengharap dan mendoakan menjadikan kita sebagai seorang hamba yang pasti bergantung kepada Yang Lebih Berkuasa (ILLAHI)

Yang pasti kita perlu menghadapinya dengan dada yang lapang, hati yang tenang, pemikiran yang positif dan keadaan yang perlu diredhoi. Mengingatkan kita kepada ungkapan yang membekas dijiwa :

Ungkapan ini sentiasa bermain dibibir dan menjadi zikir penenang jiwa dalam situasi kita menghadapi pelbagai masalah dan kerenah masyarakat semasa. Dan juga dalam kita mendepani masalah sendiri.

Selain mencari pelbagai kaedah dan cara serta teknik untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapai, pendekatan dengan mengenal Rabb (Tuhan) adalah yang terbaik. Selain amalan doa dan zikir menjadi penenang dan penyelesai kepada masalah dalaman setiap individu, pendekatan Tauhid (mengenal Allah) adalah pilihan yang tepat. Mana mungkin kita boleh beramal dengan bacaan zikir dan bersalawat semata-mata tanpa kita mengenal Rabb (Tuhan) dan mempelajarinya terlebih dahulu sebelum segalanya.

Ilmu Tauhid adalah ilmu teras dalam menjalani kehidupan harian dan ianya perlu dituntut dan didalami semenjak dari kecil lagi. Agar pergerakkan harian seseorang akan terarah dan dipandu dengan kebenaran pegangan hidup, iaitu Tauhid.

Amalan Ramadhan Yang Wajar DiTeruskan


Hampir separuh bulan kita telah meninggalkan Ramadhan Al Mubarak. Amalan Ramadhan makin ditinggalkan dan kesibukan urusan harian mula mengkaburi perjalanan rutin Ramadhan sebelum ini.

12 kali Jumaat masih ramai jemaah yang belum berpeluang untuk menunaikan solat Jumaat apatah lagi berjemaah di waktu solat yang lain. Agamawan yang berotariti tidak mampu menyediakan SOP yang boleh meyakinkan pembuat keputusan untuk membolehkan kita umat Islam melaksanakan beberapa kewajipan yang perlu dilaksakan di masjid-masjid. Padahal banyak kaedah yang boleh dilakukan, kenapa tak mampu menyediakannya untuk kebaikan umat Islam. Fikir-fikirkanlah…..

Kesunyian perjalanan solat Subuh ke masjid masih berterusan dan hiruk pikuk suara kuliah masih belum kedengaran di curung-curung pembesar suara masjid dan surau. Agamawan mula mencari jawapan kepada beberapa persoalan masyarakat kenapa di tempat membeli belah dibenarkan malahan restoran-restoran juga sudah mula dibuka dan dibolehkan untuk makan di restoran. Bagaimana pula untuk mendirikan solat di masjid dan surau yang hanya memerlukan masa tidak sampai setengah jam. Padahal jemaah akan ke masjid atau surau dalam keadaan bersih dan selamat, ان شاء الله . Fikir-fikirkanlah…

Semoga dengan penurunan wabak ini akan mebuka minda agamawan untuk berfikir apakah langkah sewajarnya perlu diambil bagi memenuhi tuntutan fardhu ke atas setiap individu muslim. Kita tidak mahu umat Islam mula rasa selesa dengan hanya mendirikan solat berjemaah di rumah sahaja dan tidak merindui masjid dan surau. Fikir-fikirkanlah…

Keluhan di atas diutarakan supaya minda ini dapat terus memacu ke arah memikirkan jalan kebaikkan dan menyelesiakan masalah umah dengan kewajaran.

Berbalik kepada Amalan Ramadhan yang sering kita lakukan. Apakah ianya masih diteruskan atau sebaliknya, fikir-fikirkanlah…

  1. Bangun 2- 1 jam sebelum azan Subuh berkumandang
  2. Mendirikan solat tahajjud dal pelbagai solat sunat lain
  3. Mengerjakan solat Subuh berjemaah
  4. Membaca Al Quran ( sendiri atau jemaah)
  5. Mengerjakan beberapa rakaat solat sunat Dhuha
  6. Mendirikan solat Zohor dan Asar berjemaah
  7.  Mendirikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah
  8. Mengerjakn solat sunat witir.
  9. Mengumpul dana untuk didermakan kepada yang layak

al-quran-2

Walau sesibuk mana urusan harian kita, pegang dan selaklah helaian Al Quran kita dan kita bacakannya walau sehelai muka surat sekalipun. Jangan ditinggalkan dan hanya membukanya pada setiap malam Jumaat atau hari Jumaat sahaja. Tapi jadikanlah ianya sebagai tabiat setiap kali selepas solat fardhu ditunaikan. 

Latihan, tarbiah dan madrasah Ramadhan yang kita tempohi baru-baru ini akan dapat memberikan kesan yang baik dan berguna untuk dunia dan akhirat kita. Jadikan yang baik kita lakukan di sepanjang Ramadhan kita tempuhi baru-baru ini, dapat kita lakukan juga di bulan-bulan seterusnya. Agar ibadat kerana Allah tersu diterima dan menjadi bekalan berguna untuk mendakap rahmat dari Allah Ta’ala.

Syawal masih lagi ada, malahan sudah berlalu separuh bulan. Antara tuntutan yang digalakkan kita lakukan di bulan yang penuh berkat adalah melakukan puasa enam hari di bulan Syawal.  Semoga kita dapat merebut peluang yang tiada di bulan lain dengan gandaan pahala yang cukup banyak untuk dikumpulkan disamping mengejar rahmat dari Allah سبحانه وتعالى . Ianya berpadanan dengan mafhum hadis Rasulullah صلى الله عليه وسلم .

Puasa Syawal

Syawal masih lagi menunggu kita untuk menyempurnakannya. Lakukan dengan sebaik mungkin agar segala amalan dapat dinikmati di akhirat kelak. 

URUSAN DUNIA JUGA ADALAH IBADAH


Ramai dikalangan kita tanpa menyedari bahawa mereka mula tercicir dengan urusan akhirat. Terlalu leka dengan urusan dunia. Banyak perkara yang perlu diselesaikan dan dibincangkan, sampaikan urusan akhirat banyak yang tercicir.

Bersyukur dengan kehadiran Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP), banyak masa saya dapat ruangkan terutama ketika kehadiran Ramadhan tahun ini adalah musim PKP. Sempat saya menyelesaikan bacaan ayat-ayat Al Quran bersama keluarga, malahan khatam beberapa kali.

Berapa ramai yang rasa banyak masa yang telah diruangkan selama ini, tapi banyak tertinggal urusan akhirat. Pelbagai gaya keluhan dilontarkan yang membayangkan banyaknya aktiviti akhirat telah ditinggalkan.

Pembaca yang dirahmati Allah sekelian,

Bermula hari ini kita letakkan segala urusan kerja dunia dan akhirat kerana Allah. Ini akan meringankan fikiran dan jiwa kita dalam mengharungi perjalanan kehidupan harian kita. Meletakkan urusan kerja  dan perjalanan harian kerana Allah inilah yang akan membezakan ibadat dan adat.

Segala urusan kerana Allah akan mengajar dan mendidik jiwa kita bahawa kerja kita juga adalah ibadat. Sekiranya kita lakukan seperti tugasan harian dan rasa tanggungjawab sahaja, ianya akan berakhir dengan kepuasan pada hari tersebut.

Beza dengan urusan yang dilakukan kerana Allah, ianya akan menatijahkan keputusan hingga ke akhir kehidupan kita. Ketenangan yang bakal dikecapi akan terasa berbeza antara melaksankan tugasan keranan tanggungjawab dan melaksanakan tugasan kerana Allah. Marilah kita sama-sama memperbetulkan niat dalam menyempurnakan tanggungjawab kehidupan harian kita. 

Berpadanan dengan mafhum hadis dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

Mafhum hadis ini jelas peranan niat dalam pekerjaan. Ganjaran berbeza bergantung kepada niat melakukan kerja. Bagi menikmati dan merasainya, kita perlu belajar dan mendalami beberapa ilmu utama dalam mengharungi sebuah kehidupan. Kita perlu tahu mana yang menjadi kewajipan pertama dalam kita cuba membimbing dan mendidik diri kita ataupun keluarga.

Suka saya sarankan kepada setiap ahli keluarga, cuba menyemak kembali ilmu asas yang menjadi kefardhuan bagi setiap muslim. Adakah telah dituntut dan dipenuhi? Adakah ketua keluarga telah mengajar atau menyarankan seisi keluarga menuntut dan memenuhinya? Adakah kita sendiri telah memilikinya?

Ilmu asas yang saya maksudkan adalah ILMU FARDHU ‘AIN atau ILMU KETAUHIDAN ini adalah ilmu yang perlu dipenuhi tuntutannya oleh setiap individu. Ilmu mengenal Yang Maha Pencipta. Kita bukan sekadar perlu menghafaz nama-namaNYA sahaja tetapi mendalaminya dan menghayatinya menjadi kewajipan kita. Ketua keluarga perlu memastikan setiap individu yang berada di bawah tanggungjawabnya telah memiliki ilmu ini dengan kadar segera.

Kebertanggungjawapan dalam mengurus urusan dunia akan menjadi lebih mudah bila kita telah melengkapkan diri diperingkat awalan kehidupan kita dengan ilmu ini. Tuntutlah dengan mereka yang benar-benar bertauliah dan berakhlak, semoga ianya mendapat berkat. Tautkan hati kita dengan pegangan sebenar.

AIDIL MUBARAK AIDIL FITRI


Ungkapan ini menyelubungi malam 1 Syawal 1441 bermula dari selepas solat Maghrib hinggalah persediaan mendirikan solat sunat Aidil Fitri. Pelbagai rentak dan irama yang diperdengarkan. Semuanya untuk membesarkan dan mengagungkan Allah Ta’ala. Dengan penuh rasa rendah diri dan tawadduk, ungkapan ini spontan menyelusuri dibibir-bibir umat Islam ketika itu.

Aidil Fitri 1441 telah disarankan oleh pihak berkuasa Majlis Keselamatan Negara agar mendirikan solat sunat Aidil Fitri di penginapan dan rumah masing-masing. Mana yang mempunyai keluarga besar, berpeluang mendirikannya dengan penuh meriah dengan diiringi bacaan khutbah oleh khatib rumah masing-masing. Teks ucapan khutbah telah disebar luaskan dikalangan masyarakat agar dapat melaksankannya dengan teratur.

Teks khutbah boleh didapati di 👇

Semoga kehadiran Aidil Fitri kali ini lebih bermakna dan tarbiah di Madrasah Ramadhan 1441 berjaya mendidik akhlak dan budi pekerti kita.

KEWAJIPAN YANG BELUM SELESAI DI BULAN RAMADHAN


Ramadhan sudah berada di hari terakhir. Kewajipan yang belum disemak oleh kita tentang pembayaran zakat Fitrah. Adakah selesai atau masih tergantung. Masa untuk menunaikannya sudah lama terbuka. Sebaik-baik waktu menbuat bayaran adalah sebelum solat sunat AidilFitri. Maka masih berpeluang bagi mereka yang belum melunaskannya.

Ingatlah bahawa zakat fitrah ini wajib atas setiap individu, tua muda, besar kecil, kaya miskin yang mampu. Bayarlah mengikut jenis beras yang dimakan dengan kadar yang telah ditetapkan oleh Majlis Ugama Islam Negeri-negeri. Jangan pula yang makan beras basmati bayar dengan kadar beras patah. Lunaskan kewajipan ini dengan penuh rasa tawadduk dan bertanggungjawab.

Bapa / Suami menjadi tanggungjawab kalian membayar zakat ini utnuk kaum keluarga tercinta. Pastikan sebelum membuat bayaran maklumkan kepada pasangan masing-masing dan anak pula perlulah dimaklumkan untuk bapa membuat bayaran. Maklumkan SEBELUM pergi buat bayaran bukannya selepas bayaran. Adalah lebih baik diajak sekali anak-anak untuk melihat bapa membuat bayaran.

KEMBARA KEHIDUPAN – 1


الحمد لله atas nikmat Iman dan Islam yang telah dianugerahkan Illahi kepada hamba-hambaNYA. Sesiapa dikalangan hambaNya yang dikehendaki terus berada dalam keimanan dan keislaman akan terus dijagaNYA hingga ke penghujung. Tetapi bagi yang sebaliknya, perkara sebaliknya yang akan berlaku نعوذ بالله .

Ramadhan kini sudah berada dipenghujung perjalanan. Sedih, hiba dan pelbagai perasaan yang tidak menentu kini timbul. Adakah Ramadhan tahun ini sempat hinggap hingga ke penghujungnya atau sebaliknya. Adakah Ramadhan sebegini akan diketemui lagi atau sebaliknya. Semuanya telah ditetapkan Allah sejak awal lagi apa yang akan berlaku.

Ramadhan yang akan berlabuh hanya beberapa hari sahaja lagi rupanya masih membuka peluang dan ruang hamba-hamba Allah ini untuk terus merebut peluang pahala yang telah dilipatgandakan sepanjang Ramadhan berlabuh ini. Ruang bersedekah, berbuat baik, saling hormat menghormati adalah madrasah terbaik kini untuk terus dipraktikkan dan dilanjutkan hingga sempat bertemu dengan Ramadhan seterusnya.

Keheningan setiap malam Ramadhan akan sentiasa diratapi dan diboloti oleh mereka yang menghargai kelebihannya. Segala bentuk ibadat untuk diri sendiri atau umum akan direbut peluang itu. Ilmuwan agamawan banyak membimbing dan mendidik kita agar memperbanyakkan amalan-amalan bail dan meneruskan amalan-amalan zikir di bulan Ramadhan ini.

Antara bacaan yang disarankan sendiri oleh Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم  dalam mafhum sabda Baginda :

 

كريم 1

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi Kemaafan (Maha Pengampun), Suka memberi kemaafan (keampunan), maka maafkanlah (ampunkanlah) aku”

Munajat sebegini mula meniti dibibir setiap mereka yang menghargainya.

Masih belum terlambat untuk kita terus menabur kebaikkan dan menderma serta menyantuni mereka yang memerlukannya. Rebutlah ruangan dan peluang yang setahun hanya sebulan ini sahaja. Latihkan diri kita menjadi hamba yang berilmu, hamba yang dermawan walau RM 1 sekalipun dan hamba yang hebat.

Lihat dan tinjaulah disekeliling dan disetiap sudut kehidupan kita, siapakah dikalangan ahli keluarga yang amat memerlukannya, siapakah dikalangan jiran tetangga yang sedang menanti, siapakah diantara anak-anak yatim dan susah yang amat memerlukan bantuan, hulurkanlah setakat kemampuan dan kudrat yang kita miliki kini. Doakan agar Allah menganugerahkan kesihatan dan kemampuan untuk meneruskan amalan kebaikkan ini.