Dunia Jangan diTinggalkan


كُنْ فِي الدُّنْـيَا كَأَنَّكَ غَرِيْبٌ أَو عَابِرِي سَبِيْلٍ

” Tingglah di dunia ini seperti orang asing atau seperti seorang pengembara”

Fitrah sebuah kehidupan yang perlu dilalui dan diharungi oleh semua orang, samada kegembiraan atau kesedihan, kesenangan atau kesusahan dan keperitan, kecerian atau kedukaan. Mengharap dan mendoakan menjadikan kita sebagai seorang hamba yang pasti bergantung kepada Yang Lebih Berkuasa (ILLAHI)

Yang pasti kita perlu menghadapinya dengan dada yang lapang, hati yang tenang, pemikiran yang positif dan keadaan yang perlu diredhoi. Mengingatkan kita kepada ungkapan yang membekas dijiwa :

Ungkapan ini sentiasa bermain dibibir dan menjadi zikir penenang jiwa dalam situasi kita menghadapi pelbagai masalah dan kerenah masyarakat semasa. Dan juga dalam kita mendepani masalah sendiri.

Selain mencari pelbagai kaedah dan cara serta teknik untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapai, pendekatan dengan mengenal Rabb (Tuhan) adalah yang terbaik. Selain amalan doa dan zikir menjadi penenang dan penyelesai kepada masalah dalaman setiap individu, pendekatan Tauhid (mengenal Allah) adalah pilihan yang tepat. Mana mungkin kita boleh beramal dengan bacaan zikir dan bersalawat semata-mata tanpa kita mengenal Rabb (Tuhan) dan mempelajarinya terlebih dahulu sebelum segalanya.

Ilmu Tauhid adalah ilmu teras dalam menjalani kehidupan harian dan ianya perlu dituntut dan didalami semenjak dari kecil lagi. Agar pergerakkan harian seseorang akan terarah dan dipandu dengan kebenaran pegangan hidup, iaitu Tauhid.

Tinggalkan komen