Amalan Ramadhan Yang Wajar DiTeruskan


Hampir separuh bulan kita telah meninggalkan Ramadhan Al Mubarak. Amalan Ramadhan makin ditinggalkan dan kesibukan urusan harian mula mengkaburi perjalanan rutin Ramadhan sebelum ini.

12 kali Jumaat masih ramai jemaah yang belum berpeluang untuk menunaikan solat Jumaat apatah lagi berjemaah di waktu solat yang lain. Agamawan yang berotariti tidak mampu menyediakan SOP yang boleh meyakinkan pembuat keputusan untuk membolehkan kita umat Islam melaksanakan beberapa kewajipan yang perlu dilaksakan di masjid-masjid. Padahal banyak kaedah yang boleh dilakukan, kenapa tak mampu menyediakannya untuk kebaikan umat Islam. Fikir-fikirkanlah…..

Kesunyian perjalanan solat Subuh ke masjid masih berterusan dan hiruk pikuk suara kuliah masih belum kedengaran di curung-curung pembesar suara masjid dan surau. Agamawan mula mencari jawapan kepada beberapa persoalan masyarakat kenapa di tempat membeli belah dibenarkan malahan restoran-restoran juga sudah mula dibuka dan dibolehkan untuk makan di restoran. Bagaimana pula untuk mendirikan solat di masjid dan surau yang hanya memerlukan masa tidak sampai setengah jam. Padahal jemaah akan ke masjid atau surau dalam keadaan bersih dan selamat, ان شاء الله . Fikir-fikirkanlah…

Semoga dengan penurunan wabak ini akan mebuka minda agamawan untuk berfikir apakah langkah sewajarnya perlu diambil bagi memenuhi tuntutan fardhu ke atas setiap individu muslim. Kita tidak mahu umat Islam mula rasa selesa dengan hanya mendirikan solat berjemaah di rumah sahaja dan tidak merindui masjid dan surau. Fikir-fikirkanlah…

Keluhan di atas diutarakan supaya minda ini dapat terus memacu ke arah memikirkan jalan kebaikkan dan menyelesiakan masalah umah dengan kewajaran.

Berbalik kepada Amalan Ramadhan yang sering kita lakukan. Apakah ianya masih diteruskan atau sebaliknya, fikir-fikirkanlah…

  1. Bangun 2- 1 jam sebelum azan Subuh berkumandang
  2. Mendirikan solat tahajjud dal pelbagai solat sunat lain
  3. Mengerjakan solat Subuh berjemaah
  4. Membaca Al Quran ( sendiri atau jemaah)
  5. Mengerjakan beberapa rakaat solat sunat Dhuha
  6. Mendirikan solat Zohor dan Asar berjemaah
  7.  Mendirikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah
  8. Mengerjakn solat sunat witir.
  9. Mengumpul dana untuk didermakan kepada yang layak

al-quran-2

Walau sesibuk mana urusan harian kita, pegang dan selaklah helaian Al Quran kita dan kita bacakannya walau sehelai muka surat sekalipun. Jangan ditinggalkan dan hanya membukanya pada setiap malam Jumaat atau hari Jumaat sahaja. Tapi jadikanlah ianya sebagai tabiat setiap kali selepas solat fardhu ditunaikan. 

Latihan, tarbiah dan madrasah Ramadhan yang kita tempohi baru-baru ini akan dapat memberikan kesan yang baik dan berguna untuk dunia dan akhirat kita. Jadikan yang baik kita lakukan di sepanjang Ramadhan kita tempuhi baru-baru ini, dapat kita lakukan juga di bulan-bulan seterusnya. Agar ibadat kerana Allah tersu diterima dan menjadi bekalan berguna untuk mendakap rahmat dari Allah Ta’ala.

Syawal masih lagi ada, malahan sudah berlalu separuh bulan. Antara tuntutan yang digalakkan kita lakukan di bulan yang penuh berkat adalah melakukan puasa enam hari di bulan Syawal.  Semoga kita dapat merebut peluang yang tiada di bulan lain dengan gandaan pahala yang cukup banyak untuk dikumpulkan disamping mengejar rahmat dari Allah سبحانه وتعالى . Ianya berpadanan dengan mafhum hadis Rasulullah صلى الله عليه وسلم .

Puasa Syawal

Syawal masih lagi menunggu kita untuk menyempurnakannya. Lakukan dengan sebaik mungkin agar segala amalan dapat dinikmati di akhirat kelak.